Huruf-huruf Arab

Bahasa Arab mempunyai 28 huruf konsonan seperti berikut, dan dibaca/ditulis dari kanan ke kiri.

Arabic letters

Video berikut menerangkan cara sebutan setiap huruf:

Nota: Huruf terakhir tidak dipaparkan di dalam video ini, hanya bunyinya sahaja. Kemungkinan terpadam semasa editing.

Seterusnya kita berkenalan pula dengan huruf vokal. Sebenarnya di dalam bahasa Arab, untuk membunyikan sesuatu huruf, ia tidak memerlukan huruf vokal, sebaliknya ia menggunakan simbol-simbol yang dipanggil harakaat, atau dikenali di dalam bahasa Melayu sebagai baris. Tanda-tanda tersebut adalah fat-hah, kas-rah, dan dham-mah. Ini adalah tanda vokal pendek (short vowel).

Video berikut menunjukkan bentuk tanda-tanda vokal tersebut serta cara membunyikan huruf:

Apabila hendak membentuk perkataan, huruf-huruf ini digabungkan antara satu sama lain. Berikut adalah sebuah clip video seorang pelajar Barat menulis perkataan Arab. Semoga ia menjadi inspirasi!

Beritahu Rakan:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • Add to favorites
  • email
  • PDF
  • Twitter

2 comments to Huruf-huruf Arab

  • Hamzah dengan Lam alif memang tak de ke?

    • Mohd Fairuz

      Hamzah ditulis di dalam berbagai bentuk. Ada hamzah di atas alif, hamzah di bawah alif, hamzah di atas rumah waw, hamzah di atas rumah ya, dan ada hamzad yang berdiri sendiri. Jadual pertama di atas adalah senarai huruf konsonan, manakala alif bukan konsonan, ia adalah huruf vokal panjang (long vowel). Lam alif pula adalah gabungan lam dan alif.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>