Selamat Datang ke KelasArab.com

السلام عليكم ورحمة الله

Laman ini pada asalnya dibangunkan sebagai laman sokongan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab bersama saya, terutamanya pelajar yang mengikuti Kursus Bahasa Arab anjuran Institute for Language Advancement (IfLA), dan pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Arab di Centre for Language and Pre-University Academic Development (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Walau bagaimanapun, saya amat mengalu-alukan kunjungan anda dan sesiapa sahaja yang berminat mempelajari bahasa Arab, dan saya berharap agar laman ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

Internet merupakan jaringan maklumat yang amat besar. Untuk itu saya akan cuba memanfaatkan bahan-bahan pembelajaran yang telah dihasilkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar bahasa Arab di seluruh dunia, terutamanya video-video yang terdapat di YouTube. Saya akan membuat ulasan untuk setiap bahan sekiranya dirasakan perlu.

Untuk melihat pelajaran yang terdapat di laman ini, sila gunakan menu navigasi di sebelah atas. Setiap kali ada kandungan baru saya akan maklumkan di ruangan blog.

Cadangan anda amat diperlukan untuk menambahbaik laman ini. Kepada guru-guru serta pelajar-pelajar bahasa Arab di luar sana yang ingin turut sama menyumbang bahan pembelajaran, bantuan anda amat dialu-alukan.

Mohd Fairuz bin Abdul Talib,
Mudiir, KelasArab.com

Beritahu Rakan:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • Add to favorites
  • email
  • PDF
  • Twitter

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>